Monday, 12 December 2011
UNIC mantap.....
Lirik Langkah Tercipta - Unic
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Tuesday, 6 December 2011
Pedihnya Azab...
Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggalah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah.
koleksi lirik lagu nasyid....
Egois
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan
Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia
Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa
Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
Lagu nyanyian MESTICA..........memang best hehehehe.....
Detik permulaan ELTIZAM.....
disinilah detik permulaan tertubuhnya kumpulan ELTIZAM....dengan ahli seramai 8 org kami berdakwah melalui irama nasyid.Kami menjadikan nasyid sebagai medium dakwah atas dasar untuk menyebarkan lagi agama Allah secara meluas....
Tertubuhnya kumpulan Eltizam adalah hasil usaha keras sahabat kami iaitu saudara FAIZ yg bertungkus lumus untuk menyatukan kami seramai 8 org...
Uniknya ELTIZAM adalah kerana kami seramai 8 orang adalah sebaya umur iaitu dlm lingkungan 19-20 tahun dan kesemuanya lahir pd tahun 1992.....
Namun kini kami terpaksa menghentikan sementara kegiatan kami untuk bernasyid kerana kesemua ahli eltizam sedang melanjutkan pelajaran ke IPT bahkan ada yg menuntut di INDONESIA dlm bidang pengajian islam.....
Begitulah serba sedikit mengenai ELTIZAM.....TAKBIR...

Melakar Cinta Di Pintu Syurga
Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga
Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum
Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran
Moga terlakar cintaku dipintu syurga

lagu ini benar2 memberi maksud yg mendalam sekiranya kita memahami setiap bait2 lirik lagu tersebut..............lagu ini merupakan nyanyian kumpulan nasyid terkenal tanah air FAR EAST....
kumpulan FAR EAST merupakan sebuah kumpulan nasyid yg membawa lagu yg berunsurkan taranum...
Monday, 5 December 2011
NUR ALAMEEN
NUR ALAMEEN merupakan sebuah kumpulan nasyid drpd Politeknik Merlimau Melaka.Nur Alameen mula ditubuhkan pada tahun 2008.Nama Nur Alameen yg bermaksud cahaya alam melambangkan harapan kami NUR ALAMEEN agar sentiasa terus mekar harum bukan sahaja di persada nasyid IPT bahkan hingga ke peringkat yg lebih tinggi.Nur Alameen menjadikan melodi nasyid sebagai satu medium dakwah kpd semua umat islam seluruhnya.Hal ini kerana kami melihat nasyid merupakan satu medium dakwah yg sgt baik kerana remaja masa kini dilihat lebih cenderung kpd alunan muzik."TRANSFORMASI KEHIDUPAN INSAN"merupakan salah satu lagu yg begitu banyak membawa kejayaan kpd NUR ALAMEEN....lagu ini adalah hasil ciptaan Alongsafa yg merupakan pembimbing dan orang yg paling rapat dengan kami Nur Alameen...
RENTETAN KEJAYAAN "NUR ALAMEEN"
1.Ketiga festival nasyid (MAFEP)2011 kebangsaan
2.Johan festival nasyid KPT Politeknik Malaysia peringkat zon selatan 2011
3.Ketiga festival nasyid Melaka bagi kategori moden 2011
4.keempat festival nasyid melaka bagi kategori tradisi 2011
5.kelima festival nasyid kebangsaan (KPT) Politeknik Malaysia 2011
6.Saguhati pertandingan nasyid sempena CONVOFEST UPNM 2011
7.Naib Johan pertandingan nasyid belia 2011

pengenalan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersama-samalah kita memanjatkan rasa syukur kpd Allah S.W.T atas segala nikmat dan kurniaan dari-NYA.Terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri saya ini sebagai seorang hamba Allah yg senantiasa menginginkan rahmat dari-NYA.Nama diberi Mohammad Farhan B. Roji berasal daripada Sabak Bernam Selangor.Saya merupakan anak kedua daripada 3 org adik beradik.Alhamdulillah sekarang sy menuntut di Politeknik Merlimau Melaka mengambil jurusan dlm bidang hospitaliti iaitu diploma pengurusan hotel dan katering.Harapan sy dengan mengambil jurusan tersebut dpt membina satu perniagaan untuk menjamin kehidupan sy dan keluarga pada masa akan datang.Tujuan sy membina blog ini hanyalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman juga hanya untuk mengisi masa lapang semata-mata hehehe.........begitulah serba sedikit perihal diri saya sekian assalamualaikum.....

Subscribe to:
Posts (Atom)