Tuesday, 6 December 2011

koleksi lirik lagu nasyid....


Melakar Cinta Di Pintu Syurga
Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga


lagu ini benar2 memberi maksud yg mendalam sekiranya kita memahami setiap bait2 lirik lagu tersebut..............lagu ini merupakan nyanyian kumpulan nasyid terkenal tanah air FAR EAST....
kumpulan FAR EAST merupakan sebuah kumpulan nasyid yg membawa lagu yg berunsurkan taranum...

No comments:

Post a Comment